20 Pas Akses Pantas WOWLoud Khas Untuk Para Pembaca Amanz Terawal

20 Pas Akses Pantas WOWLoud Khas Untuk Para Pembaca Amanz Terawal

Diterbitkan pada Okt 24, 2011 oleh .

Sebelum ini, kami pernah menulis mengenai WowLoud, iaitu salah satu perkhidmatan muzik-awan daripada Malaysia, membolehkan anda menikmati muzik dan lagu-lagu dalam dan luar negara dengan mudah, terus melalui desktop anda, dan bakal membawakan sokongan pada peranti mudah-alih tidak lama lagi, sekaligus sync akan lagu anda melalui semua peranti anda.

Apa itu WowLoud?

Antara perkhidmatan seumpamanya adalah termasuk Google Music, Spotify dan lain-lain, namun kesemuanya masih tidak diperkenalkan kepada pengguna tempatan secara rasminya.

WowLoud masih lagi pada peringkat beta buat masa ini, dan memerlukan emel jemputan untuk menyertainya. Untuk mendapatkan emel jemputan, mungkin ia mengambil masa sehari atau lebih untuk mendapatkannya. Namun begitu, khas untuk para pembaca Amanz, kini kami bersama-sama dengan pihak WowLoud menyediakan 20 pas percuma untuk akses pantas perkhidmatan WowLoud percuma, membolehkan anda menguji perkhidmatan tersebut terlebih dahulu berbanding pengguna-pengguna lain diseluruh dunia.

Bagi mendapatkan pas akses pantas tersebut, para pengguna hanya perlu meninggalkan komen sahaja pada artikel ini (20 komen pertama), dan kami seterusnya akan menghantarkan kod baucer khas, yang mana anda boleh gunakan untuk mengakses dan menggunakan perkhidmatan tersebut hari ini, dan tidak perlu menunggu emel jemputan seperti yang lain.

Dan jangan lupa berikan maklumbalas anda mengenai perkhidmatan ini setelah mengujinya, supaya ia lebih mantap lagi ketika pelancaran rasminya kelak.


TIPS & ULASAN