Keupayaan Kamera iPhone 4S Dan Canon 5D MKII Dibandingkan

Keupayaan Kamera iPhone 4S Dan Canon 5D MKII Dibandingkan

Diterbitkan pada Okt 24, 2011 oleh .

Seperti semua sedia maklum, iPhone 4S membawakan kamera 8-megapixel bersama-sama dengannya, suatu peningkatakan pada rakaman video dan gambar mereka. Menariknya, kini melalui sebuah video ringkas, ia memperlihatkan keupayaan kamera iPhone 4S berbanding dengan kamera Canon 5D MKII.

Melalui apa yang diperlihatkan, ia menunjukkan yang mana iPhone 4S membawakan keupayaan kamera yang amat baik sekali, dan mampu merakamkan gambar dengan lebih terperinci lagi berbanding kamera lain.

Buat masa ini, tarikh pelancaran iPhone 4S di Malaysia masih lagi tidak diketahui lagi. Namun ura-ura awal memperkatakan yang mana iPhone 4S mungkin memasuki arena Malaysia seawal minggu kedua November kelak. Singapura bakal menerima iPhone 4S pada minggu ini, menjadikan ianya negara Asia Tenggara pertama yang menerima iPhone 4S.


TIPS & ULASAN