Ubuntu 12.04 LTS Bakal Disokong Selama 5 Tahun

Ubuntu 12.04 LTS Bakal Disokong Selama 5 Tahun

Diterbitkan pada Okt 24, 2011 oleh .

Sebelum ini, seperti semua sedia maklum, Ubuntu versi LTS hanya disokong selama 3 tahun. Namun nampaknya, melalui kemaskini LTS akan datang, pihak pembangun Ubuntu bakal meningkatkan lagi tempoh sokongan oleh mereka, dimana versi LTS baru bakal disokong selama 5 tahun, bermula daripada versi 12.04.

Seperti semua sedia maklum, Ubuntu LTS merupakan versi Ubuntu yang didatangkan dengan sokongan jangka masa panjang, berbanding dengan versi biasa, dimana versi LTS akan menerima kemaskini selama beberapa tahun berbanding versi biasa. Kini, dengan sokongan selama sehingga 5 tahun, semestinya perkara ini bakal mengembirakan ramai pengguna Ubuntu.

Ubuntu baru-baru ini telah pun melepaskan versi 11.10 yang mana membawakan pelbagai perkara baru padanya, dan kini telah pun memulakan perancangan untuk pembangunan sistem operasi generasi akan datang, iaitu Ubuntu 12.04 yang bakal didatangkan dengan sokongan selama 5 tahun bersama-sama dengannya, sekaligus menjadi versi pertama yang disokong selama 5 tahun.


TIPS & ULASAN