Selain daripada Celcom, kini DiGi turut sama telah pun mula menawarkan tablet Android terkini daripada Samsung, iaitu Samsung Galaxy Tab 10.1 dengan pakej dan pelan mereka, dimana menawarkannya pada harga serendah RM1584 dengan kontrak selama 24 bulan.
Melalui apa yang ditawarkan, DiGi menawarkan penjimatan hanya sebanyak RM315 melalui pakej mereka, dan memerlukan para pengguna membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM2860 yang mana merupakan harga untuk tablet Samsung tersebut dan juga harga pelan DiGi selama 12 bulan. Memandangakan ianya merupakan kontrak selama 2 tahun, selepas tahun pertama, para pengguna akan dikenakan caj sebanyak RM115 setiap bulan untuk pakej tersebut.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh ke pusat DiGi terdekat, dan mendapatkannya pada harga yang disebutkan, ataupun mendapatkannya secara berasingan daripada pengedar lain.