Cari @ Amanz

Jarang sekali kita melihat syarikat tempatan mengeluarkan video promosi terlebih dahulu berbanding syarikat lain. Hari ini, ia dilihat melalui halaman Dell Malaysia, dimana mereka telah pun memuat-naik video promosi untuk tablet Windows mereka yang tidak pernah diperlihatkan sebelum ini, iaitu Dell Latitude ST.

Melalui apa yang diperlihatkan, ia menunjukkan yang mana Dell Latitude ST akan membawakan skrin sentuh seluas 10-inci, selain mana turut didatangkan dengan stylus terbina, serta menggunakan cip pemprosesan Intel Atom padanya. Ia juga membawakan beberapa sokongan menarik, termasuk slot HDMI dan juga slot membaca kad-SD.

Buat masa ini, ia tidak diketahui bilakah Dell Malaysia akan melancarkan tablet 10-inci Windows ini. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenainya.

Terima kasih Siti.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd