Cari @ Amanz

Setelah diura-ura akan mengenai kemaskini keluarga MacBook Pro akhir-akhir ini, hari ini Apple telah pun secara rasminya mengemaskini keluarga MacBook Pro mereka, dimana kini ia bermula daripada model 13-inci dengan cip pemprosesan selaju 2.4GHz, dan juga ruangan storan 500GB pada harga bermula RM3699.

Kemaskini yang dilakukan lebih kepada kemaskini CPU, ruangan storan dan juga GPU, dengan harga seperti biasa dikekalkan dengan harga asal, tanpa sebarang perubahan. Model MacBook Pro dengan spesifikasi yang paling tinggi adalah model 17-inci dengan cip pemprosesan empat-teras 2.4GHz dan juga ruangan storan 750GB pada harga RM7699.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh melayari laman Apple Store Malaysia untuk melihat kemaskini baru yang dibawakan oleh Apple.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd