Nuffnang Mengumumkan Nuffnang Awards 2011 – Pencalonan Kini Dibuka

Nuffnang Mengumumkan Nuffnang Awards 2011 – Pencalonan Kini Dibuka

Diterbitkan pada Okt 24, 2011 oleh .

Seperti mana yang pernah diperkatakan sebelum ini, kini Nuffnang secara rasminya telah pun mengumumkan mengenai Nuffnang Awards 2011 yang bakal diadakan di Malaysia pada tahun ini, memperlihatkan blog daripada pelbagai kategori bertanding untuk memenangi anugerah dan hadiah yang ditawarkan oleh Nuffnang dan penaja-penaja untuk acara tersebut.

Nuffnang Awards ini diadakan dua tahun sekali, dan untuk tahun ini, ia akan diadakan di Malaysia buat pertama kalinya. Sebanyak 9 kategori dipertandingkan, termasuk kategori Blog Hiburan Terbaik, Blog Makanan Terbaik, Blog Percutian Terbaik, Blog Fashion Terbaik, Blog Fotografi Terbaik, Blog Geek Terbaik, Blog Ibu Bapa Terbaik, Rekabentuk Blog Terbaik, dan juga Hidden Gem.

Acara akhirnya akan diadakan pada 16 Disember kelak di Kuala Lumpur, dimana pemenangnya akan diumumkan secara rasminya. Bagi mereka yang berminat, anda boleh mencalonkan blog pilihan anda hari ini, dan lihat mereka menang pada acara tersebut kelak.


TIPS & ULASAN