Facebook Chat Menguji Fungsi Sembang Secara Selari

Facebook Chat Menguji Fungsi Sembang Secara Selari

Diterbitkan pada Okt 24, 2011 oleh .

Salah satu fungsi yang popular pada Facebook adalah Facebook Chat. Sebelum ini, pihak Facebook pernah memperkenalkan beberapa perkara baru padanya, termasuk sokongan sembang berkumpulan dan sebagainya. Dan menariknya, kini beberapa pengguna diperlihatkan dengan fungsi baru padanya, iaitu sokongan sembang secara selari bersama rakan-rakan yang lain.

Melalui fungsi tersebut, anda boleh melihat apa yang sedang disembangkan pada dua kumpulan, ataupun dua orang rakan secara selari, berbeza dengan sebelum ini dimana salah satunya akan dikecilkan, dan hanya boleh mengikuti satu sahaja.

Ia masih tidak diketahui samada adakah Facebook berhajat untuk memperkenalkannya kepada semua, ataupun sekadar ujian sahaja buat masa ini.

Tips daripada Hafizul.


TIPS & ULASAN