HoneyComb Launcher Pada BlackBerry PlayBook Diperlihatkan

HoneyComb Launcher Pada BlackBerry PlayBook Diperlihatkan

Diterbitkan pada Okt 25, 2011 oleh .

Sebelum ini, ia diperlihatkan sokongan aplikasi Android pada BlackBerry PlayBook, membolehkan para pengguna BlackBerry PlayBook mengakses kepada pelbagai aplikasi Android dengan mudah melalui tablet mereka itu. Dan menariknya, hari ini, sebuah video dimuat-naik turut memperlihatkan yang mana HoneyComb Launcher turut sama dijalankan pada PlayBook.

Selain daripada HoneyComb Launcher, ia juga turut kelihatan yang mana PlayBook turut sama menyokong Ice Cream Sandwich Launcher padanya. Melaluinya, ia turut membawakan sokongan dan pengalaman penggunaan Android sepenuhnya, berbanding hanya aplikasi sahaja sebelum ini.

Mungkin selepas ini, kita mungkin akan dapat melihat lebih banyak perkara menarik berkaitan dengan Android dibawakan kepada PlayBook. Untuk makluman semua, harga PlayBook tempatan juga telah diubah semula, menjadikannya lebih murah berbanding sebelum ini.

Terima kasih Firdaus.


TIPS & ULASAN