Masalah yang sering dihadapi oleh para penuntut di universiti apabila tibanya cuti semester adalah berkenaan dengan tempat untuk menyimpan barang-barang mereka, yang mana keselamatannya apabila ditinggalkan di hostel ataupun rumah sewa adalah tidak begitu selamat. Untuk mengatasi perkara ini, Warehouzs bakal memperkenalkan perkhidmatan mereka tidak lama lagi.
Warehouzs kelak akan beroperasi melalui web, dimana para pelajar dan penuntut universiti boleh membuat pendaftaran, dan pembayaran secara atas-talian, dimana seterusnya kotak-kotak untuk storan dan simpanan akan dihantarkan kepada anda, dimana anda boleh membungkuskan barangan anda, dan menghantarkan kembali kepada pihak WareHouzs.
Pihak WareHouzs juga mengatakan melalui web mereka yang mana setiap barang akan dilindungi oleh insuran dan akan dijaga 24 jam sehari. Buat masa ini, tarikh pelancaran WareHouzs disasarkan sekitar bulan November kelak, dan harga pakej yang bakal ditawarkan masih tidak diketahui lagi.