Facebook Kini Memberikan Lebih Pilihan Untuk Mengawal Notifikasi Padanya

Facebook Kini Memberikan Lebih Pilihan Untuk Mengawal Notifikasi Padanya

Diterbitkan pada Okt 25, 2011 oleh .

Mungkin anda ingin meninggalkan komen disesuatu kemaskini status ataupun sebagainya pada Facebook, tetapi tidak lakukannya kerana taku dipenuhi dengan notifikasi daripada Facebook kelak. Menariknya, kini anda boleh lakukannya tanpa sebarang kerisauan, dimana Facebook pada awal minggu ini telah pun menambah sokongan untuk Unfollow Post.

Melaluinya, anda boleh memilih untuk tidak mengikuti sebarang kemaskini mengenai sesuatu status ataupun muat-naik gambar, sekaligus tiada sebarang notifikasi berkaitan dengannya akan diperlihatkan kepada anda.

Selain daripada itu, anda juga boleh mengubah pelbagai tetapan untuk notifikasi Facebook dengan mudah melalui halaman tetapannya.


TIPS & ULASAN