Sebelum ini, ia telah dilaporkan yang mana HTC bakal memperkenalkan ruangan percuma sebanyak 5GB pada Dropbox kepada para pengguna peranti baru mereka. Nampaknya, HTC telah mengemaskini pelan tersebut, dan hari ini mengumumkan melalui Twitter mereka, dimana sokongan baru tersebut bakal diperkenalkan kepada semua pengguna peranti Android mereka.
Menurut mereka, sebuah aplikasi khas akan diperkenalkan untuk para pengguna peranti HTC, membolehkan mereka mendapat akses kepada Dropbox sebanyak 5GB secara percuma, sekaligus membolehkan para pengguna peranti Android daripada HTC sync akan fail mereka ke Dropbox.
Selain daripada HTC, Apple turut menawarkan sokongan lebih kurang sama melalui iCloud, dan juga Microsoft melalui Skydrive mereka.