Cari @ Amanz

Lanjutan daripada laporan yang dikeluarkan oleh Nielsen awal hari ini berkaitan sasaran mengatakan yang mana pengguna peranti mudah-alih terutama tablet dan telefon pintar yang bakal meningkat dengan drastik, kini Effective Measures turut mengeluarkan data yang menyokong laporan sebelum ini.

Melalui laporan yang dikeluarkan oleh Effecive Measures, lebih daripada 115 juta halaman web telah dilihat melalui peranti mudah-alih di Malaysia sahaja, sekaligus memperlihatkan peningkatan sebanyak hampir 6% sejak daripada bulan Januari yang lepas.

Selain daripada Malaysia, Indonesia juga turut sama memperlihatkan peningkatan pelayaran web melalui peranti mudah-alih, dimana lebih 85 juta halaman web telah diakses melalui peranti mudah-alih pada tempoh yang serupa.

Mungkin kita akan melihat pelayaran laman web mudah-alih terus meningkat pada bulan-bulan akan datang, lebih-lebih lagi dimana melalui bancian ringkas yang dilakukan oleh Effective Measure, lebih 30% pengguna tempatan mengatakan mereka mengakses laman web melalui telefon pintar mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd