Cari @ Amanz

Akhirnya kini pihak Rockstar Games secara rasminya telah pun mengesahkan Grand Theft Auto V, dimana melalui halaman rasmi Rockstar, ia kini hanya memaparkan imej logo Grand Theft Auto V dengan mesej ringkas mengatakan yang mana trailer untuk permainan tersebut akan diperkenalkan pada 2 November kelak, iaitu pada minggu hadapan.

Grand Theft Auto semestinya merupakan salah satu siri permainan yang dinantikan ramai pemain seluruh dunia. Buat masa ini, apa yang bakal dibawakan oleh permainan ini masih lagi menjadi tanda-tanya, sekaligus membuatkan peminat mereka ternanti-nanti akan trailer yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd