Mungkin semua sedia maklum dengan pengumuman kenaikkan harga tiket perlawanan bola sepak akhir Piala Malaysia pada 29 Oktober ini, yang mana telah mendapat tentangan daripada para peminat sukan tanahair. Dan kini, lanjutan daripada itu, protes turut dibawa ke arena internet, dimana salah satu laman milik FAM, iaitu laman Malaysian Super League telah digodam dan ditinggalkan pesanan ringkas untuk yang berkenaan.
Sebahagian Daripada Mesej Yang Ditinggalkan Pengodam
Pada masa yang sama, pengodam turut meninggalkan pesanan mengatakan yang mana serangan besar-besaran akan dilakukan terhadap FAM dan rakan-rakan mereka.
Selain itu, pada penghujung halaman tersebut, pengodam meninggalkan mesej, mengatakan Shout to GaySec, Realsek, KenaHack.com, Rilexcrew dan juga XshimeX.
Masih tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak FAM berkaitan dengan perkara ini, selain daripada Terengganu yang memberikan diskaun sebanyak 50% unuk tiket perlawanan akhir bagi penyokong pasukan skuad Penyu.