Cari @ Amanz

Hari ini, Google secara rasminya telah pun mengemaskini antaramuka dan rekabentuk Chrome Web Store mereka, membawakan perubahan drastik pada laman tersebut, serta penambah-baikkan yang lebih tinggi berbanding versi sebelum ini.

Melalui apa yang diperkenalkan, Chrome Web Store membawakan lebih informasi dengan hanya meletakkan tetikus diatas sesuatu aplikasi sahaja. Selain daripada itu, Chrome Web Store juga kini turut sama menawarkan pemasangan satu-klik dengan lebih pantas, selain menu akses yang lebih kemas dan mudah berbanding sebelum ini.

Selain daripada itu, panel kawalan juga kini lebih mudah diakses, dimana kita boleh melihat apa yang telah dibeli dan dipasang pada pelayar web kita, selain mana turut boleh menetapkan lokasi dan sebagainya dengan mudah.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh mengakses Chrome Web Store bermula hari ini, dan mula menggunakan pelbagai fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd