Infografik : Perubahan Teknologi Bersama Windows XP Sejak 10 Tahun Yang Lepas

Infografik : Perubahan Teknologi Bersama Windows XP Sejak 10 Tahun Yang Lepas

Diterbitkan pada Okt 26, 2011 oleh .

Hari ini genap 10 tahun sejak Windows XP dilancarkan kepada umum, dimana sistem operasi daripada Microsoft ini masih kekal dihati para pengguna sebagai sistem operasi terbaik sepanjang zaman. Sejak daripada Windows XP diperkenalkan pada 10 tahun yang lepas, pelbagai perubahan telah berlaku, bukan sahaja daripada dunia teknologi tetapi turut melibatkan dunia global secara amnya.

Sejak daripada itu, Microsoft telah mengeluarkan beberapa kemaskini sistem operasi mereka, dimana paling terkini adalah Windows 7, selain sedang menguji Windows 8 Dev-Preview yang mana membawakan perubahan antaramuka desktop berbanding versi-versi sebelumnya. Windows 8 dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan, dan masih belum ada tarikh rasmi mengenainya buat masa ini.


TIPS & ULASAN