Cari @ Amanz

Seperti semua sedia maklum, hari ini Nokia dijangka akan memperkenalkan peranti Windows Phone mereka kepada umum, dan menariknya, dengan beberapa jam sahaja lagi untuk acara Nokia World, kini gambar dan spesifikasi untuk peranti yang bakal diperkenalkan oleh Nokia, iaitu Nokia Lumia 800 dan juga Nokia Lumia 710 sudah pun mula kelihatan.

Nokia Lumia 800 dan juga Nokia Lumia 710 ini dijangka akan berada dipasaran sekitar bulan November kelak, dan harga jualannya masih tidak diketahui buat masa ini. Sebelum ini, apa yang dikenali sebagai SeaRay, kini seperti disahkan akan dikenali sebagai Nokia Lumia 800, dan dijenamakan sebagai lebih kepada hiburan melaluinya, manakala Nokia Lumia 710 sebelum ini dikenali sebagai Sabre.

Mungkin kita akan mendengar lebih banyak maklumat mengenai kedua-dua peranti ini pada acara Nokia World yang bakal diadakan petang ini. Sama-sama kita nantikannya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd