Cari @ Amanz

Seperti semua sedia maklum, Google telah pun mula menguji halaman tab baru pada pelayar web mereka untuk beberapa minggu yang lepas, dan hari ini, melalui kemaskini saluran stabil Google Chrome, Google memperkenalkan rekabentuk baru untuk halaman tab Chrome bersama-sama dengannya, memfokuskan lebih kepada kemudahan untuk mengakses aplikasi melaluinya.

Ini diperkenalkan, selepas sebaik sahaja Google memperkenalkan kemaskini rekabentuk Chrome Web Store awal sebelum ini. Google Chrome versi baru ini lebih memfokuskan kepada aplikasi, membolehkan aplikasi web berfungsi lebih pantas, dan mudah diakses.

Para pengguna yang berminat boleh memuat-turun Google Chrome daripada halaman rasmi mereka, selain mana pengguna sedia ada akan dikemaskini secara automatik bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd