Cari @ Amanz

Nampaknya, Twitter sekali lagi sedang dalam proses menguji perubahan pada laman web Twitter mereka, dimana beberapa pengguna sudah dapat melihat perubahan pada Timeline di web Twitter yang mana kini hanya menggunakan bahagian kiri laman sahaja untuk memperlihatkan media, seperti gambar dan juga video.

Perkara ini jauh berbeza sekali dengan sebelum ini, dimana ia memperlihatkannya disebelah kanan laman selepas sesuatu Tweet itu diklik. Pada masa yang sama, masa sesuatu Tweet itu dihantar juga kini diperlihatkan selari dengan nama pengguna, berbeza dengan sekarang ini yang mana memperlihatkannya pada bahagian bawah.

Ia tidak diketahui samada ia hanya sekadar ujian sahaja, ataupun mungkin Twitter akan memperkenalkannya secara rasmi kepada semua tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd