Cari @ Amanz

Akamai : Purata Kelajuan Internet Malaysia Pada Suku Tahun Kedua Adalah 1.9Mbps

Oleh Aman

Link Copied!

Jikalau melalui laporan suku tahun pertama 2011 yang lepas, Akamai memperlihatkan purata kelajuan internet di Malaysia adalah sekitar 1.6Mbps, melalui laporan suku tahun kedua yang dikeluarkan pada minggu ini, Akamai melaporkan peningkatan kelajuan di Malaysia, dimana kelajuaan internet purata di Malaysia adalah sekitar 1.9Mbps.

Pada masa yang sama, kelajuan maksima purata yang dicapai oleh para pengguna tempatan adalah sekitar 11.6Mbps, berbanding dengan suku tahun pertama ini, yang mana hanya 8.9Mbps.

Selain daripada itu, Akamai juga turut melaporkan yang mana lebih 22% pengguna Malaysia menikmati kelajuan internet melebihi 2Mbps, sementara lebih 3.7% menikmati kelajuan internet melebihi 5Mbps di Malaysia. Akamai turut melaporkan yang mana hanya 2.2% pengguna di Malaysia yang menikmati kelajuan internet d bawah 256kbps di Malaysia, yang mana memperlihatkan pengurangan berbanding 2.7% sebelum ini pada suku tahun pertama.

Bagi pembaca yang berminat, anda boleh memuat-turun laporan penuh Akamai untuk suku tahun kedua 2011 secara percuma melalui halaman rasmi mereka.


Komen ()