Kemaskini PlayBook 2.0 Pada Februari 2012 – Tidak Akan Menyertakan Sokongan BBM

Kemaskini PlayBook 2.0 Pada Februari 2012 – Tidak Akan Menyertakan Sokongan BBM

Diterbitkan pada Okt 26, 2011 oleh .

Selepas mengumumkan mengenai PlayBook 2.0 sebelum ini pada minggu lepas, kini Research In Motion mengesahkan yang mana pelancarannya akan ditangguhkan, dan hanya akan menemui para pengguna pada bulan Februari 2012 kelak. Pada masa yang sama, beberapa fungsi yang dijanjikan juga kelihatan seperti tidak akan dilancarkan bersama-sama dengannya.

Salah satu fungsi yang tidak akan tiba bersama-sama dengannya adalah BlackBerry Messenger yang dinantikan ramai. BBM dijangka akan diperkenalkan pada versi selepas PlayBook 2.0 kelak. Walaubagaimanapun, seperti sekarang ini, para pengguna boleh menggunakan BBM melalui sokongan Bridge sepertimana yang disokong sekarang ini pada PlayBook.

Pada masa yang sama, baru-baru ini, harga jualan semasa BlackBerry PlayBook telah pun dikemaskini, dimana di Malaysia, kini ia dijual pada harga bermula daripada RM1133 untuk versi 16GB.


TIPS & ULASAN