Salah satu peranti baru yang diperkenalkan oleh Sony Ericsson untuk pasaran Malaysia adalah Xperia Ray, yang mana melaluinya ia membawakan kamera 8.1-megapixel yang mana turut didatangkan bersama-sama dengan sokongan teknologi Sony Exmor R padanya, membolehkan gambar dirakam dengan pencahayaan yang rendah.
Kami di Amanz telah pun menguji kamera Xperia Ray ini pada waktu malam, dan melalui video yang dirakamkan kami menggunakan kamera terbina Xperia Ray ini, ia memperlihatkan kualiti rakaman yang tinggi pada pencahayaan yang rendah, dimana kita boleh melihat gambar yang jelas, walaupun pada waktu malam.
Xperia Ray dijual pada harga sekitar RM1279 di pasaran Malaysia, dan kami akan mengeluarkan ulasan penuh peranti ini dalam masa kurang seminggu lagi.