Cari @ Amanz

Nampaknya dunia perkomputeran-awan tempatan akan terus meriah dalam masa akan datang, dimana kini salah satu syarikat tempatan memperkenalkan perkhidmatan folder-awan, membolehkan para pengguna untuk menyimpan fail dan folder mereka dengan mudah terus atas-talian dan mengaksesnya dimana sahaja anda berada.

Selain daripada pengurusan terus atas-talian, Foldle juga turut membawakan sokongan untuk kolaborasi atas-talian, membolehkan anda dan rakan-rakan kerja lain melakukan perubahan dengan mudah terus atas-talian, selain pentadbir boleh memantaunya dengan mudah dan senang.

Fail-fail dan folder yang disimpan juga dibuat salinan ke dua pelayan, iaitu satu di Singapura dan satu lagi di Amerika Syarikat. Namun satu-satunya perkara yang amat mendukacitakan adalah dimana Foldle ini dilihat lebih memfokuskan pengguna perniagaan, dimana tiada pilihan pendaftaran akaun percuma kelihatan, dan para pengguna tidak dapat menguji perkhidmatan mereka terlebih dahulu, seperti perkhidmatan lain seumpama dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd