Cari @ Amanz

Seperti mana yang dinantikan, hari ini Nokia telah pun memperkenalkan beberapa peranti baru melalui acara Nokia World 2011 yang diadakan di London. Nokia memulakan acara mereka dengan memperkenalkan peranti keluarga Nokia Asha, dimana empat peranti Series 40 diperkenalkan dibawah nama keluarga Nokia Asha.

Peranti yang di perkenalkan dibawah nama Nokia Asha, adalah Nokia Asha 200, 201, 300 dan juga 303. Ke semua peranti ini ditujukan kepada negara membangun, selain membolehkan pengguna mengakses internet terus melalui peranti mereka.

Melalui Nokia Asha 200, ia lebih tertumpu kepada kebolehan sokongan SIM lebih daripada satu, membolehkan para pengguna mengubah kad-SIM dengan mudah dan pantas, serta membawakan sokongan bunyi yang kuat melaluinya. Selain daripada itu Nokia 201 membawakan fungsi yang lebih kurang sama, tetapi tidak menyokong diw-SIM padanya. Selain daripada itu, kedua-dua peranti ini membawakan sokongan papan kekunci QWERTY serta didatangkan bersama-sama dengan skrin sentuh padanya.

Nokia Asha 300 pula merupakan peranti Series 40 yang berkuasa tinggi, membawakan cip pemprosesan 1Ghz bersama-sama dengannya, sokongan bunyi kuat, dan skrin sentuh padanya. Nokia 303 pula membawakan fungsi lebih kurang sama, tetapi didatangkan bersama-sama dengan sokongan QWERTY padanya.

Kesemua peranti Nokia Asha ini didatangkan dengan pelayar web yang serba baru yang menjimatkan penggunaan data, serta pada masa yang sama, seperti peranti Series 40 yang lain, ia membawakan sokongan jangka masa bateri yang lama berbanding telefon lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd