Cari @ Amanz

Akhirnya, setelah sekian lama dinantikan peminat Nokia, hari ini, Nokia telah pun secara rasminya memperkenalkan peranti Windows Phone pertama mereka, iaitu Nokia Lumia 800, yang mana dikatakan oleh Nokia sebagai peranti sebenar Windows Phone yang pernah diperkenalkan buat masa ini. Ia juga turut sama didatangkan bersama-sama dengan beberapa aplikasi Nokia terbina, termasuk Nokia Drive yang dinantikan ramai.

Seperti semua sedia ketahui, rekabentuk Nokia Lumia 800 serba sedikit seperti Nokia N9. Melalui Nokia Lumia 800, ia membawakan cip pemprosesan 1.4GHz bersama-sama dengannya, serta skrin sentuh lengkung 3.7-inci, dan juga kamera dengan sokongan Carl Zeiss, membolehkan anda merakamkan gambar berkualiti tinggi bersama-sama dengannya.

Buat masa ini, laman Nokia Malaysia masih belum dikemaskini dengan Nokia Lumia 800, tetapi anda boleh melihatnya dengan lebih dekat melalui halaman rasmi Nokia UK. Harga dan tarikh jualan di Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd