Cari @ Amanz

Selain daripada Nokia Lumia 800 yang merupakan peranti pertama Windows Phone diperkenalkan, hari ini, pada acara Nokia World, Nokia turut sama memperkenalkan peranti kedua Windows Phone mereka, dikenali sebagai Nokia Lumia 710, yang mana membawakan beberapa spesifikasi lebih kurang sama seperti Lumia 800.

Melalui Nokia Lumia 710, ia turut sama membawakan skrin sentuh bersaiz 3.7-inci, kamera belakang 5-megapixel, dan juga menggunakan cip pemprosesan 1.4GHz bersama-sama dengannya. Ia turut sama membawakan pelbagai aplikasi terbina Nokia untuk Windows Phone, termasuk Nokia Drive, Nokia Music dan banyak lagi.

Nokia Lumia 800 dan juga Nokia Lumia 710 disasarkan untuk tiba di Malaysia pada tahun hadapan, dengan negara jiran kita, Singapura dijangka akan menerimanya pada penghujung tahun ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd