Carian
WinZip 16 Diperkenalkan Bersama-sama Perkhidmatan ZipShare Dan ZipSend
October 26, 2011 Aman

Boleh dikatakan kami telah tidak mendengar berita mengenai WinZip buat suatu masa yang agak lama. Menariknya, hari ini, pembangun disebalik WinZip telah pun memperkenalkan versi terbaru mereka, iaitu WinZip 16 yang mana turut sama didatangkan bersama-sama pelbagai kemaskini pada aplikasi mereka, selain mana turut didatangkan dua perkhidmatan baru, iaitu ZipSend dan juga ZipShare.

Melalui WinZip 16 yang serba baru, ia membawakan kemaskini kepada enjin pengarkiban mereka, dimana lebih pantas berbanding sebelumnya, selain mana kini turut menyokong penuh 64-bit berbanding versi-versi sebelum ini. Pada masa yang sama, ia juga turut membawakan sokongan untuk menyimpan terus pada disk Blu-Ray terus daripada aplikasi WinZip 16.

Dua perkhidmatan baru yang diperkenalkan adalah ZipSend dan juga ZipShare. Melalui ZipSend, para pengguna kini boleh menghantar fail Zip bersaiz sehingga 2GB melalui perkhidmatan mereka, sebaliknya melalui ZipShare, kini ia membawakan sokongan sosial, membolehkan anda memuat-naik dan berkongsi fail Zip anda di Facebook dengan mudah dan senang. Buat masa ini, ZipShare hanya menyokong fail bersaiz sehingga 20MB sahaja.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun versi percubaan ataupun membeli WinZip. Selain daripada WinZip, beberapa aplikasi alternatif yang lain adalah termasuk 7zip dan juga WinRar.

Komen