Microsoft Bersama-sama Mozilla Memperkenalkan Pelayar Web Firefox Dengan Bing

Microsoft Bersama-sama Mozilla Memperkenalkan Pelayar Web Firefox Dengan Bing

Diterbitkan pada Okt 27, 2011 oleh .

Jikalau sebelum ini, Mozilla memperkenalkan Firefox bersama Twitter hasil kerjasama bersama-sama dengan pihak Twitter, hari ini, Mozilla bersama-sama dengan Microsoft mengumumkan kerjasama, dimana melaluinya, mereka menawarkan Firefox bersama-sama dengan Bing, yang mana menyertakan pelayar web sumber terbuka popular itu bersama-sama tetapan carian Bing sebagai tetapan utama.

Perkara ini, sekaligus memudahkan para pengguna yang meminati enjin carian Bing menggunakan pelayar web yang dioptimasikan khas bersama-sama dengan enjin carian tersebut, selain daripada pelayar web Internet Explorer.

Melaluinya, kini selain daripada bar carian dibahagian tepi yang turut menyertakan Bing bersama-sama dengan enjin carian lain, para pengguna pelayar web Firefox juga turut sama boleh menggunakan bar URL yang dikenali sebagai AwesomeBar untuk membuat carian terus pada Bing dengan menaip kata kunci padanya.

Bagi mereka yang berminat dengan Firefox bersama-sama Bing, anda boleh memuat-turun pelayar web khas itu serta mula menggunakan enjin carian Bing bersama-sama dengan pelayaran web anda.


TIPS & ULASAN