Sebelum ini, kami pernah tulis akan secara ringkas mengenai sokongan mesra ahli sukan yang didatangkan bersama-sama dengan peranti Sony Ericsson Xperia Active, dan kini, melalui sebuah ujian ringkas yang kami lakukan, kami telah pun menguji peranti yang diperkatakan sebagai tahan lasak dan kalis air ini, serta merakamkannya dalam sebuah video ringkas.
Melalui apa yang diuji, ia menunjukkan yang mana Xperia Active boleh bertahan di dalam air untuk suatu masa yang agak lama tanpa mempunyai sebarang masalah padanya. Selain daripada itu, ia juga berfungsi seperti biasa, membolehkan para pengguna memasang lagu, ataupun mendengar bunyi panggilan melalui peranti tersebut, walaupun direndam didalam air.
Selain daripada itu, para pengguna juga boleh menggunakan peranti tersebut seperti biasa, samada didalam ataupun diluar air. Perkara ini, semestinya salah satu perkara yang mengembirakan ramai pengguna, dimana anda turut sama boleh merakamkan gambar dan video didalam air, dan kualiti gambar yang dirakamkan adalah amat tinggi dan jelas sekali.
Xperia Active telah pun mula dijual di Malaysia sejak beberapa minggu yang lepas, dimana boleh didapati daripada pengedar seluruh negara pada harga RM1159.