Ubuntu Software Centre Kini Turut Sama Menawarkan Majalah Dan Buku

Ubuntu Software Centre Kini Turut Sama Menawarkan Majalah Dan Buku

Diterbitkan pada Okt 27, 2011 oleh .

Nampaknya, pihak Canonical terus menambah baik Ubuntu Software Centre mereka, dimana terkini mereka telah pun menambah kategori baru padanya, membolehkan para pengguna Ubuntu memuat-turun buku dan majalah terus melalui Ubuntu Software Centre dengan mudah, dan membeli melaluinya.

Perkara ini merupakan tambahan kepada aplikasi dan perisian yang ditawarkan melaluinya, dan kini para pengguna Ubuntu boleh memuat-turun dan membeli buku dan majalah yang diminati dengan mudah terus melaluinya.

Dengan membeli buku dan majalah melaluinya, para pengguna boleh mengakses fail digital menggunakan sebarang peranti melalui sokongan perkhidmatan Ubuntu Single Sign On. Buat masa ini, antara majalah popular yang akan ditawarkan melalui Ubuntu Software Centre adalah termasuk Linux Magazine dan juga majalah rasmi Ubuntu.

Tips daripada Abdul Karim.


TIPS & ULASAN