Satoo.tv – Perkhidmatan Perkongsian Video Tempatan Yang Kian Dilupakan

Satoo.tv – Perkhidmatan Perkongsian Video Tempatan Yang Kian Dilupakan

Diterbitkan pada Okt 27, 2011 oleh .

Salah satu perkhidmatan perkongsian video yang dibangunkan oleh pembangun tempatan adalah Satoo.tv, yang mana membolehkan para pengguna berdaftar untuk memuat-naik video dan berkongsi melalui laman tersebut dengan mudah. Namun apa yang mendukacitakan adalah dimana perkhidmatan tersebut seperti tidak digunakan buat suatu masa yang agak lama.

Jikalau dibandingkan dengan perkhidmatan seumpamanya yang lain, yang mana turut dibangunkan oleh pembangun tempatan adalah 1Tube.my. Namun, ia kelihatan yang mana Satoo.tv kelihatan lebih menarik dan lebih kemas berbanding 1Tube.my.

Selain daripada itu, Satoo.tv turut sama mempunyai pelbagai saluran menarik, dan salah satu saluran yang menarik dan popular adalah termasuk 15Malaysia yang pernah popular suatu ketika sebelum ini.

Walaubagaimanapun, ia amat mendukacitakan kerana perkhidmatan seumpamanya seperti tidak digunakan oleh para pengguna tempatan. Namun, mungkin kesilapan pihak pembangun sendiri tidak mempromosikannya kepada para pengguna temptan.


TIPS & ULASAN