Cari @ Amanz

Lanjutan daripada pengenalan Samsung Galaxy W di Malaysia, kini kelihatan yang mana Samsung Galaxy Y juga turut sama telah mula ditawarkan dipasaran Malaysia, dimana melalui laman Superbuy.my, peranti terbaru daripada Samsung yang disasarkan kepada pengguna remaja, dan pengguna awal peranti pintar.


Tawaran harga pengenalan oleh pihak SuperBuy.my

Untuk pasaran Malaysia, Samsung Galaxy Y ditawarkan pada harga RM499, membolehkan sesiapa yang berminat untuk menguji peranti Android, ataupun baru ingin berkenalan dengan dunia Android mampu memiliki peranti ini.

Samsung Galaxy Y membawakan cip pemprosesan 832MHz, Android 2.3.5, sokongan GPS, skrin sentuh seluas 3.0-inci, kamera 2-megapixel dan pelbagai sokongan asas untuk telefon pintar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd