Cari @ Amanz

Hari ini, syarikat pengeluar telefon tempatan terkemuka, iaitu CSL telah pun mengemaskini tawaran telefon bimbit daripada mereka, iaitu Euphoria One dan juga Euphoria Pro, dimana masing-masing merupakan telefon bimbit dengan fungsi asas, dan kedua-dua peranti dijual di pasaran pada harga RM299.

Melalui Euphoria One, ia membawakan skrin seluas 2.2-inci, kamera 0.3-megapixel, sokongan TV analog, radio FM, dan sokongan sosial seperti Facebook, Twitter, Skype, FourSquare dan lain-lain. Melalui Euphoria Pro pula, ia membawakan tambahan kamera 1.3-megapixel dan juga papan kekunci QWERTY.

Kedua-dua peranti ini juga didatangkan dengan sokongan Dual-SIM padanya, membolehkan pengguna menggunakan lebih daripada dua kad-SIM padanya. Namun, kami tidak dapat pastikan mengapa harga jualan kedua-dua peranti adalah serupa, walaupun terdapat perbezaan pada spesifikasi dan rekabentuknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd