Cari @ Amanz

Seperti pernah diperkatakan sebelum ini, hari ini Sony Ericsson secara rasminya mengumumkan yang mana mereka akan menjadi subsidiari penuh dibawah Sony, sekaligus membolehkan Sony mengintegrasikan penuh produk-produk dan perkhidmatan mereka dibawah jenama yang sama dengan lebih mudah berbanding sebelum ini.

Melalui apa yang diumumkan, Sony akan mengambil-alih 50% pegangan Ericsson pada Sony Ericsson, dan melaluinya, Ericsson akan menerima pembayaran sebanyak EUR 1.05 billion. Perjanjian dan pengambil-alihan ini dijangka akan berakhir sepenuhnya pada Januari 2012.

Sebelum ini, Sony turut sama pernah mengumumkan tablet mereka, dan mungkin dengan pengumuman pengambil-alihan ini, kita akan dapat melihat bahagian tablet Sony dan juga bahagian telefon pintar dan mudah-alih Sony Ericsson bekerjasama dengan lebih erat lagi, selain turut melihat beberapa perkhidmatan Sony seperti PlayStation dan lain-lain diperkenalkan para peranti mudah-alih mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd