Cari @ Amanz

Sebelum ini, seperti semua sedia maklum, aplikasi iPhone untuk Upin dan Ipin telah pun diperkenalkan, dinamakan sebagai Pocket Ipin. Menariknya, kini kami dapati yang mana pihak Les Copaque juga dalam pembangunan aplikasi iPad untuk Upin dan Ipin, yang mana merupakan salah satu siri buku digital.

Melalui aplikasi tersebut yang diperlihatkan kepada kami, ia memperlihatkan yang mana aplikasi iPad Upin dan Ipin ini bukan sekadar membawakan buku digital seperti kebiasaannya, tetapi ditambah dengan pelbagai ciri-ciri interaktif. Selain daripada hanya memperlihatkan teks sahaja, ia juga dilengkapi dengan sokongan audio, selain setiap kisah yang diceritakan turut mempunyai kisah pendek dalam bentuk video yang diintegrasikan, selain mana turut mempunyai permainan pendek yang didatangkan bersama-sama setiap kisah. Setiap kisah juga turut didatangkan bersama-sama sokongan bahasa Malaysia dan juga Inggeris.

Buat masa ini, aplikasi iPad untuk Upin dan Ipin ini masih lagi dalam peringkat pembangunan, dan ia tidak diketahui lagi bilakah aplikasi tersebut akan dilancarkan kepada semua pengguna iPad.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd