Kamera iPhone Pada Semua Generasi Diperbandingkan

Kamera iPhone Pada Semua Generasi Diperbandingkan

Diterbitkan pada Okt 27, 2011 oleh .

Sebelum ini, semua mungkin pernah melihat video perbandingan antara kamera iPhone 4S dan juga kamera Canon. Menariknya, hari ini, pembangun Camera+ berkongsi akan beberapa gambar menarik, memperlihatkan perbandingan hasil kamera iPhone dari pada generasi pertama sehingga iPhone 4S yang diperkenalkan baru-baru ini.

Melaluinya, ia memperlihatkan peningkatan kualiti yang dirakamkan oleh kamera daripada telefon pintar keluaran Apple ini, dan seperti semua sedia maklum, kamera iPhone 4S membawakan kualiti rakaman gambar yang lebih baik berbanding semuanya.

Buat masa ini, tarikh pelancaran iPhone 4S di Malaysia masih tidak diketahui sepenuhnya, dan ia disasarkan berkemungkinan syarikat telekomunikasi tempatan akan mula menawarkannya seawal minggu kedua atau ketiga November kelak.


TIPS & ULASAN