Nampaknya, berkemungkinan besar, Apple akan mula menyaman pengeluar peranti yang lain tidak lama lagi, apabila kini mereka telah pun dianugerahkan dengan paten dan hak cipta untuk fungsi mennyah-kunci telefon pintar secara sapu (slide). Selain daripada Apple, pelbagai peranti sentuh yang lain turut menggunakan fungsi yang lebih kurang sama, dan mungkin perlu mengubahnya tidak lama lagi.
Walaubagaimanapun, ia masih lagi tidak diketahui apakah komen daripada pengeluar peranti yang lain. Buat masa ini, kami tidak pasti siapakah yang mula-mula memperkenalkan fungsi seumpamanya.