Seperti semua sedia maklum, para pengguna internet, sering menggunakan enjin carian Google dalam mendapatkan pelbagai berita tempatan, termasuk juga para pengguna Malaysia. Menariknya, carian pada minggu lepas dilihat lebih tertumpu kepada pelbagai isu semasa, berbeza dengan sebelum-sebelum ini.
Berikut merupakan carian terhangat yang dilakukan oleh para pengguna Malaysia melalui Google Malaysia bermula daripada 21 Oktober sehingga 27 Oktober:
Muammar Gaddafi
Pemimpin Libya selama 42-tahun ini telah pun meninggal dunia pada minggu lepas, apabila beliau telah ditangkap dan dibunuh di Sirte.
Himpun
Perhimpunan yang menjangkakan untuk mengumpulkan lebih 1 juta umat Islam telah diadakan pada Sabtu lepas, yang mana memperlihatkan ia dihadiri oleh lebih kurang 5,000 orang di Shah Alam.
Happy Deepavali
Para penganut agama Hindu di Malaysia dan juga seluruh dunia telah pun menyambut perayaan pesta cahaya pada 26 Oktober, memperlihatkan pelbagai carian berkaitan ucapan dan juga ekad dilakukan melalui enjin carian Google Malaysia.
Galaxy Nexus
Samsung secara rasminya telah pun memperkenalkan telefon pintar Galaxy Nexus yang dinantikan ramai, yang mana menggunakan platform Android terkini, iaitu Android 4.0 Ice Cream Sandwich.
MotoGP
Kematian pelumba berumur 24 tahun, Marco Simoncelli ketika perlumbaan MotoGP Malaysia telah mengejutkan pelbagai peminat dan warga internet, dimana ramai telah menggunakan internet dalam usaha untuk mendapatkan informasi dan juga video berkaitan dengan tragedi tersebut.
Giuliana Rancic
Pengacara E! News dikatakan menghadapi kanser payu dara, dan sedang melalui pemulihan.
Y8 Angry Birds / Angry Bird Game
Laman permainan terkemuka telah pun menyertakan permainan Angry Birds pada direktori permainan mereka, yang mana telah mendapat perhatian ramai pengguna. Selain daripada itu, Rovio juga telah mengeluarkan beberapa video promosi untuk permainan terbaru Angry Birds mereka.
Paranormal Activity 3
Siri filem yang mengisahkan mengenai kejadian luar-biasa ini telah pun memulakan tayangan kepada filem yang ketiga, dimana mengisahkan mengenai kejadian 18 tahun sebelum filem pertama Paranormal Activity.
The Walking Dead
Siri televisyen popular yang mengisahkan mengenai zombie ini telah pun memasuki musim kedua, dan pada masa yang sama telah mulakan tayangan di Astro pada 23 Oktober yang lepas.
Ducati
Ducati Monster 795 yang mana membawakan enjin Desmodromic 803cc ini telah pun dilancarkan di Malaysia pada hari Khamis yang lepas.