Carian
Microsoft Memperlihatkan Teknologi Pada Masa Akan Datang
October 27, 2011 Aman

Sebelum ini, Microsoft pernah memperlihatkan bagaimanakah masa depan akan kelihatan pada tahun 2019 melalui suatu video ringkas pada tahun 2009. Kini, lanjutan daripada itu, setelah dua tahun video tersebut diperlihatkan, dengan dunia teknologi yang bergerak amat pantas akhir-akhir ini, Microsoft telah pun mengeluarkan video baru, memperlihatkan bagaimana dunia akan berubah dalam tempoh lima ke sepuluh tahun akan datang.

Melalui video tersebut, pelbagai perkara yang diperlihatkan, termasuk antaranya merupakan sokongan terjemahan masa-nyata, realiti augementasi yang digunakan dengan lebih popular, skrin sentuh lutsinar, peranti yang lebih nipis dan membawakan pelbagai sokongan, peranti dan perkakasan dirumah yang pintar dan diintegrasikan antara satu sama lain dan banyak lagi.

Jadi, mungkinkah masa depan akan kelihatan seperti ini?

Komen