YouTube Menguji Butang Mengawal Kelajuan Video Dengan Lebih Meluas

YouTube Menguji Butang Mengawal Kelajuan Video Dengan Lebih Meluas

Diterbitkan pada Okt 27, 2011 oleh .

Sebelum ini, kami pernah melaporkan yang mana YouTube mula menguji fungsi untuk mengawal kelajuan video, membolehkan anda menonton video dengan mempercepatkan tayangannya dengan mudah. Kini nampaknya, fungsi tersebut diuji secara lebih meluas, serta pada video yang diletakkan pada web luar YouTube.

Selain mana, perkara baru yang turut kami perasan adalah dimana video yang di embed pada web luar juga kini mula diperkenalkan dengan sokongan HTML5, mengantikan Flash yang digunakan sebelumnya. Pada masa yang sama, salah satu menu baru yang kelihatan adalah kebolehan untuk menghentikan muat-turun. Video yang dimainkan balik menggunakan HTML5 juga kelihatan lebih pantas dimainkan, berbanding sebelum ini.

Ia tidak dapat dipastikan oleh kami sejak bilakah YouTube mula menguji perkara ini, dan bilakah YouTube akan memperkenalkannya secara rasmi.


TIPS & ULASAN