Carian
Laman Rasmi FAM Digodam – Peminat Bola Sepak Negara Masih Marah
October 28, 2011 Aman

Lanjutan daripada godaman laman Malaysian Super League, hari ini, laman rasmi FAM pula menerima nasib yang sama, dimana kini halaman utamanya telah digodam dengan mesej menyatakan kemarahan terhadap harga tiket yang dikenakan untuk perlawanan akhir Piala Malaysia pada hari Sabtu ini, iaitu sebanyak RM50.

Ia tidak diketahui siapakah kumpulan pengodam disebaliknya, dan kami rasakan mereka adalah berbeza dengan pengodam yang mengodam laman Malaysian Super League sebelum ini. Namun begitu, pengodam tersebut meninggalkan kredit kepada UM’07, PJPB Cr3ws, GaySec dan juga Anti-P4sti.

Terima kasih Hassan.

Komen