Salah satu peranti BlackBerry yang masih lagi belum diumumkan secara rasminya di Malaysia adalah BlackBerry Curve 9380. Namun begitu, ujian penggunaan bersama-sama rangkaian mudah-alih tempatan telah pun dimulakan, memperlihatkan yang mana ia akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Tetapi tarikh dan info lanjut mengenainya masih tidak diketahui buat masa ini.
Menariknya, semalam, salah seorang pembaca Amanz telah pun menghantarkan gambar BlackBerry Curve 9380 yang dirakamkan ini untuk dikongsikan bersama-sama dengan pembaca lain.
Melalui BlackBerry Curve 9380, ia membawakan skrin sentuh seluas 3.2-inci, kamera 5-megapixel, cip pemprosesan 800MHz, menggunakan BlackBerry OS 7.0 dan juga didatangkan bersama-sama dengan sokongan NFC sepenuhnya. Menariknya adalah dimana ia merupakan keluarga Curve pertama yang membawakan sokongan sentuh penuh padanya, berbeza dengan sebelum ini yang didatangkan dengan papan kekunci QWERTY padanya.
Terima kasih Fadlisham.