Salah satu fungsi dan perkara yang dinantikan ramai pengguna Google Apps adalah sokongan Google+ padanya, dan hari ini, Google telah pun mengumumkan berita manis kepada mereka semua, dimana Google telah pun memperkenalkan sokongan Google+ secara rasminya pada Google Apps dan akan diperkenalkan kepada semua pengguna Google Apps secara berperigkat bermula hari ini.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh mula mengaktifkan Google+ untuk organisasi, kelab dan sebagainya bermula hari ini, dimana ia kelak akan membolehkan para pengguna log masuk melalui halaman rasmi Google+ dan mula berkongsi dengan rakan sepejabat dengan mudah dan senang melaluinya.
Anda juga tidak lagi perlu menambah rakan pejabat satu per satu seperti sebelumnya, tetapi melalui integrasi Google Apps, ia akan menarik semua data, membolehkan anda berkongsi antara satu sama lain dengan mudah.
Jadi, dengan pengenalan Google+ untuk Google Apps, mungkinkah kita akan dapat melihat halaman jenama dan perniagaan pada Google+ tidak lama lagi?