Set Televisyen Daripada Apple Akan Didatangkan Dengan Sokongan Siri?

Set Televisyen Daripada Apple Akan Didatangkan Dengan Sokongan Siri?

Diterbitkan pada Okt 28, 2011 oleh .

Berita mengenai AppleTV sudah lama tidak kedengaran, dan menariknya, kini salah seorang penganalisa mengatakan yang mana Apple mungkin akan memperkenalkan set televisyen mereka seawal pada tahun 2012 kelak, dan menariknya ia turut dilaporkan yang mana ia akan dilengkapi dengan kawalan Siri padanya, sama seperti yang terdapat pada iPhone 4S.


Gambar Konsep Televisyen Apple [via]

Ia turut sama diperkatakan yang mana Apple telah membangunkan prototaip untuk AppleTV sejak daripada tahun lepas, dan masih tidak diketahui lagi bilakah ianya akan dilancarkan kepada umum. Menurut penganalisa tersebut, berkemungkinan besar, produk baru daripada Apple itu diumumkan pada penghujung tahun 2012 kelak, dan akan mula dijual bermula 2013 kelak.

Selain daripada Apple, Google dan Microsoft juga kini sedang giat berusaha untuk memegang kawalan di ruang tamu, selain masing-masing dengan platform masing-masing mula mengintegrasikan antara satu sama lain, memudahkan pengguna untuk mengawal pelbagai peranti melalui hanya satu platform.


TIPS & ULASAN