Studio animasi Les Copaque bukanlah nama yang asing di Malaysia. Melalui siri animasi Upin dan Ipin sahaja mereka sudah berjaya merangkul lebih 30 anugerah didalam dan luar negara. Semalam sidang redaksi Amanz.my telah berkunjung ke studio animasi Les Copaque di Shah Alam. Dalam lawatan selama lebih satu jam ini kami diberikan akses sepenuhnya kepada kesemua bahagian studio.
Jika anda pernah tertanya-tanya bagaimanakah rupa studio yang menghasilkan Upin dan Ipin hari ini soalan anda bakal terjawab. Dibawah ialah pilihan beberapa gambar menarik semalam. Jika mahukan lebih banyak gambar sila lawati laman Facebook Amanz.my disini.
Pada masa yang sama, kami juga mendapat tahu beberapa perkara menarik berkaitan dengan Les Copaque, dimana mereka kelak akan melancarkan aplikasi iPad untuk Upin dan Ipin, serta pada masa yang sama turut akan memperkenalkan permainan desktop Upin dan Ipin. Les Copaque juga bakal memperkenalkan taman tema mereka seawal tahun 2015 kelak, dan kini dalam pelbagai pembangunan dan perancangan awal.