HP Akan Menyimpan Bahagian PC Mereka – Ultrabook Dan Tablet Windows 8 Akan Datang

HP Akan Menyimpan Bahagian PC Mereka – Ultrabook Dan Tablet Windows 8 Akan Datang

Diterbitkan pada Okt 28, 2011 oleh .

Setelah mengumumkan ingin menamatkan bahagian PC pada HP sebelum ini, kini setelah menerima pelbagai kritikan dan pandangan pelbagai pihak, HP telah menimbangkan semula perkara tersebut, dan hari ini, mereka mengumumkan yang mana mereka akan mengekalkan bahagian PC pada HP, dan tidak akan mematikannya seperti mana diumumkan mereka sebelum ini.

Walaubagaimanapun, masa depan webOS masih lagi buat masa ini.

Selain daripada itu, HP juga dijangka akan mengumumkan beberapa produk baru daripada mereka tidak lama lagi. Salah satunya adalah ultrabook, yang mana akan membawakan rekabentuk amat nipis, ringan dan juga bateri tahan lama. Buat masa ini, hanya Acer sahaja yang telah mengumumkan ultrabook mereka di pasaran Malaysia.

Berkenaan dengan tablet pula, ia diperkatakan yang mana HP akan menyertai arena tablet dengan sistem operasi Windows 8 kelak, yang mana sekaligus memperlihatkan masa depan webOS yang masih tidak diketahui apakah yang akan terjadi padanya.


TIPS & ULASAN