Cari @ Amanz

Visi BlackBerry Pada Masa Akan Datang Diperlihatkan Melalui Video

Oleh Aman

Link Copied!

Jikalau sebelum ini kita melihat sebuah video ringkas daripada Microsoft, memperlihatkan masa depan perkomputeran secara amnya, kini, Research In Motion, iaitu syarikat pengeluar disebalik BlackBerry turut telah mengeluarkan video mereka, memperlihatkan bagaimana kelak pada masa depan kita boleh membuat pelbagai perkara dengan hanya menggunakan peranti mudah-alih kita.

Melaluinya, ia seperti biasa memperlihatkan bagaimana pada masa depan, para pengguna boleh memaksimakan penggunaan peranti BlackBerry mereka dalam kegunaan perniagaan. Jadi, mungkinkah pada masa hadapan kelak, BlackBerry akan menguasai kembali dunia dan arena industri perniagaan seperti mana sebelum ini?


Komen ()