dRBook Kini Dijenamakan Semula Sebagai dRBuku – Pendaftaran Kini Lebih Mudah

dRBook Kini Dijenamakan Semula Sebagai dRBuku – Pendaftaran Kini Lebih Mudah

Diterbitkan pada Okt 28, 2011 oleh .

Semua mungkin sedia maklum yang mana pada awal Oktober yang lepas, syarikat milik Dr Rozmey telah pun memperkenalkan rangkaian sosial mereka yang serba baru dan dinantikan ramai, iaitu DrBook. Kurang sebulan sejak dilancarkan, kini laman sosial tersebut telah pun melalui penjenamaan semula, dimana kini laman sosial tersebut dikenali sebagai DrBuku.

Selain daripada penjenamaan semula, kini ia turut membawakan logo baru yang tampak lebih kemas, selain memperkenalkan salah satu fungsi baru yang menarik, dimana membolehkan para pengguna mendaftarkan akaun menggunakan sebarang akaun sosial sedia ada.

Kini, para pengguna yang berminat, boleh mendaftarkan akaun DrBuku dengan mudah, menggunakan sebarang akaun sedia ada, samada Facebook, Windows Live, FourSquare, Yahoo! MySpace, Google, Friendster, WordPress atau apa pun jua, sekaligus memudahkan proses pendaftaran akaun padanya.

Selain daripada itu, melalui statistik yang dikeluarkan oleh DrBuku, kini ia mempunyai lebih daripada 2,700 ahli berdaftar padanya, yang berkongsi akan lebih 1,400 video, dan juga lebih 11,700 gambar melaluinya. Mungkin kita akan dapat melihat perkembangan sihat laman dRBuku dalam tempoh setahun daripada sekarang sekiranya ia dipromosikan dengan betul.

Tips daripada Ezryull melalui Facebook.


TIPS & ULASAN