Samsung Kini Pengeluar Telefon Pintar Terbesar Dunia – Menewaskan Apple

Samsung Kini Pengeluar Telefon Pintar Terbesar Dunia – Menewaskan Apple

Diterbitkan pada Okt 28, 2011 oleh .

Samsung kini secara rasminya telah melangkaui Apple sebagai pengeluar telefon pintar terbesar didunia, dmana pada suku tahun lepas, Samsung telah mengeluarkan lebih daripada 27.8 juta peranti pintar, sekaligus memegang lebih 23.8% daripada pegangan pasaran telefon pintar. Apple pada tempoh yang sama hanya mengeluarkan 17.1 juta telefon pintar.

Walaubagaimanapun, jikalau dilihat daripada pasaran telefon bimbit atau telefon mudah-alih secara amnya, ia masih dipegang oleh Nokia dengan lebih 27.3%, diikuti oleh Samsung ditempat kedua dengan 22.6% dan LG Electronics di tempat yang ketiga.

Baru-baru ini, Samsung turut sama telah mengumumkan Galaxy Nexus yang mana merupakan peranti pertama menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, selain mana turut memperkenalkan beberapa peranti baru di pasaran Malaysia, temasuk Galaxy W dan juga Galaxy Y.


TIPS & ULASAN